Friday, July 29, 2011

Order mari order... dan buah jentik-jentik dari emak


Saper org shah alam... Mau order kerepek?? cookies dan samprit, boleh la berbuat demikian.. kerana saya akan menghantar pesanan semua benda alah kat atas tu pada minggu ke 3 puasa, date sebenar tak sure lagik.. so saper nak order, boleh email or sms me untuk tempahan, no delivery charge.. tapi kena same date one shot acik pegi antor le... so far dah ada 2-3 org shah alam dah.. makaaaanya.. sapa mau order tanpa dikenakan kos penghantaran sile berbuat demikian, begitu juga dengan org sekitar, Ampang, Gombak.. dan kawasan sewaktu dengannya.. saya akan deliver ke Ampang juga, nanti kumpul semua order, one shot gue celah pegi sana antor... no delivery charge..

So far, saya terkejut dan tak sangkooooo.. order yang diterima dari pembaca blog ni saja, sudah berpuluh balang kuih, dan berkilo-kilo kerepek.. Mak terharu nakkkk... Mak ucapkan ribuan terima kasih, ini belum lagi kutip order dari agen-agen dilantik.. wahhh ayat serupa bisnes jota-jota.. hiks dari dua tiga agen yang disurvey semalam, sebab nak budget nak pi beli barang bakeri, order yang ada, sudah hampir 100 balang, dan kadar tempahan balance, 40++ samprit dan 40++ cookies, maka saya prepare beli barang untuk anggaran tempahan sekitar 100-120 balang sahaja.

Huhuhu kalo sesapa hat last-last minute nak order, saya tak berani janji, sebab saya pun bukan larat sangat, nak hadap bakor biskut je.. macam tak der life lak nanti. Hahaha, jadi kalau kamu semua mahu mohonlah order awal, sebab saya akan prepare buat sekadara order yang diterima sahaja, dah masuk seminggu dua posa tu, tak hadap acik nak pegi bakeri shop, sesakkkk!!! dan barang macam custor sugar, chocolate tu tak kena gaya out of stock, jadi beli awai ikut anggaran tempahan. Dah pun saya beli.

Actually di luar jangkaan saya, saya andaikan dalam jual 20-30 balang jadilah.. saja seronok-seronok, sambil-sambil buat untuk sendiri, baut untuk jualan sikit-sikit. Tapi lepas saya up entry jual biskut tu, masuk email, sms, terus order, hari tu je, dah berapa balang order saya terima, kemudian ada sms minta jadi agen.. saya hantar sample, dan yang kat agen ni, belum lagi saya tanya semua mereka berapa jumlah order diaorang dapat, tapi agenku kat kem. tenaga-tenaga tu.. dia saja 20++ lebih.. dalam masa sehari dia amek order.. pitam makkkk.. Alhamdulillah rezeki.. dari Allah, dan Insya-Allah, saya akan kongsikan dengan anak-anak yatim yang dah saya tau mana nak salurkan derma. So kepada anda yang membeli, anda juga turut menyumbang, sebab dah niat, sebahagian dari keuntungan jualan ni bukan hak saya seorang, tapi hak anak-anak asnaf dan yatim yang lebih layak.

Dan sebenarnya duit yang nak sedekahkan pada anak yatim ni ada sebahagian lagi dari sumbangan pembaca blog ni juga, yang rajin bagi sumbangan. U know who u are. mereka dah siap ada no akaun saya masa saya letak dulu masa kita kutip untuk beli buku untuk anak yatim, ingat tak?? tetiba je mereka sms ada duit dimasukkan untuk anak-anak yatim. Insya-Allah amanah orang, saya asingkan dan simpan. Jumlah terkumpul rasanya ada dekat 400++, panjang umur, sampailah amanah korang ke rumah anak-anak yatim, di Sungai Petani Kedah pulak kali ni, balik dekat nak raya nanti saya nak singgah hantar.

Ni rezeki dari mak tok... uhuhu terima kasih mak tok, susah payah dia belikan buah jentik-jentik. Ingat tak beberapa bulan lepas saya cakap teringin nak makan buah ni, lama tak jumpa.. uhuhu pastu kak idah sepupu saya lak letak pic kat fb, kata murah kat merbok juai seikat seringgit, terus tanya maksu, nak suruh mak tok mai sini, bawa buah ni, tapi mak tok tak mau, bulan posa dia nak pi masjid dengan geng surau dia hehehe, jadi maktok poskan mai sini. (of kos mak su tukang pos) tapi terharu.. emak tetap emak.. tak kira la dia keja pegawai besor ke.. keja kerani ni, jual nasi lemak atau goreng pisang tepi jalan ke, atau tak keja macam emak saya ka.. jiwa mereka semua saya, tetap cuba penuhi impian anak-anak.. Moga emak panjang umur.. nak terus berbakti pada emak selagi hayat saya dan selagi hayat dia.

Ok.. that's it... jangan lupa kalau nak order, sile roger..

Wednesday, July 27, 2011

Khairul Fahmi Che Mat, jagalah gol elok-elok ye mucuk-mucuk


Esok, harap kalau KFCM (Khairul Fahmi Che Mat, bukan KFC ek..) kalau mamat ni jaga gol, jagalah elok-elok, jangan bolos-bolos.. ini sebab gossip panas sepanjang minggu ini katanya hubungan dia dengan petunang dia tu over umpama sudu lebih dari kuah tu goyah. Ada aksi sentap-sentap dikedua-dua belah pihak. KFCM katanya sudah kantoi di lihat beberapa forumer berpasangan kapel-kapel beli-beli kasut.. terang-terangan ouls.. dan si petunang dah baut entry blog ala-ala sentap, dan redhooo.. pasrah cemana tah..

ahaha saya ikuti gossip panas kat forum, semua story keluar ni. panassss.. termasuk skandal terbaru KFCM.. ahahah pantas sungguh bebudak forum cari ni, terbaeeekkk. Saya memang percaya gossipers (erkk ada ke perkataan tu?) maklumat diaorang ni dari pengalaman saya berporum bertahun-tahun, maklumat mereka hampir 98% adalah tepat, dari gossip cinta hati siti nurhalija, dengan datuk K, sebelum org tau bebudak forum dah ada team CSI mereka sendiri, haha sumber terkini gossip sebelum keluar surat khabar.

Dah keluar surat khabar dah basi, wartawan cap ayam tak der lain propa.. SS jumpa teman lama.. seorang rakan siti jarum cerita la.. tok nenek depa cerita la.. tapi takder lain mencedok gossip kat forum je keja depa. citttt...

Jadi kita doakan KFCM akan menjaga gol dengan cemerlang dan lupakan seketika jejari tembam dia tu sat. Tu ler, baru couple dah kecoh sedunia, dia la awek KFCM.. siap leh letak gabungan pic konon kalau anak dia ngan KFCM nanti cemana, very the kanak-kanak.. Respect Tomok yang simpan awek dia bertahun-tahun, cuma hebahkan bila dah menjadi isteri dia. Wa caya lu Tomok.

Kalo rambut panjang ni ada muka ala jepung gitu.. cute..

comei la gak..

bila tak pakai topi, tak encem lak.. eheheh

Apa pun, jangan jadi kes Mawi-Ina udah le dik ye... bertabahlah apa terjadi... akalu perlu fokus je main bola dik, cintan-cintun tolak tepi.. yang penting prestasi, tak guna nanti nama naik kerana gossip murahan yang dicetuskan oleh pasangan sendiri, bukan orang lain punya angkara.. keep personal life and personal secret la.. tak payah canang satu dunia sms jiwang pakwe kirim.. pakwe tu football player pulak.. tak ke org gelak, muka legend tp hati kiut... bial beraksi gagah perkasa, sekali antor msg jiwang kat awek leleh-leleh, pastu kasi bunga bagai.. ok normal la couple kan.. tapiii keep it as personal.. tak perlu kecoh semua orang baca, bila jadi camni ape kes lak???

huisshh tetiba menulis gossip pulak acik.. haha...

eh jangan lupa, order kerepek dan biskut ya...

Tuesday, July 26, 2011

Youtube, Biskut raya dan jualan kerepek...


Sooooo sweeetttt la anuat hadi ni.. i likeeee
Dah la ensem... pandai pulak tu.. kena la gu dengan mat luthfi tu,
dua-budak speaking kedah nooo.. baguih punya dok ada.. IDOP Kedahan.. wahh tetiba..
sempena semangat kedahan menyeru, chek update blog guna loghat kedah noooo

Saya suka lagu dia buat, sedap nooo erkk tak tau la kot melodi lagu lain, dia tukaq lirik saja, makcik pnut bukan gheti sangat


Hat ni mat luthfi pon cerita pasai pak dia, lawak siot, pak dia kata, hang jangan dok kawan ngan pompuan, sat gi depa buat apa-apa kat hang, pastu mat luthfi macam konpius, eh bukan ka lelaki hat selalu buat apa-apa kat pompuan?? heheheh


bijak dan kreatif dua budak ni.. belajaq sampai obersi, pastu kepala otak gila-gila, sapa kata kena jadi budak skema taraf wakil belia kampung kalau jadi budak pandai.. dak noo depa kepala otak sempoi punya dok ada.. Kak ni peminat hang pa dua oghang la kiranya, kalau jumpa nak minta otograp la. aci dak? bulih noooo..

Oh ya.. nak promosi ni.. sapa nak beli kerepek sila roger mak pnut ya.. macam tahun lepaih. tahun ni kami juai kerepek lagi.... mariii mariiii mariiii, kompem sedap tau.. ok list baru harga-harga kerepek kami ini tahun.
Acik jamin tau kerepek-kerepek ni kompem sedap.. eheheh bukan saya je kata, customer tahun lepas yang beli dah siap tanya lagi, sebelum sempat saya pegi amek stok untuk sample, bartalu-talu depa tanya nak order untuk tahun ni, kerepek ni sedap, nipis dan rangup krup-krup.. krup...  ni harga ni harga jualan terus, kira direct customer la.. ada diskaun tau.. kalau pembelian lebih 10kg, anda layak membeli dengan harga jualan borong. Contohnya Puan Erra Fazira, kat opis XYZ, beli untuk diri sendiri, 1kg kerepek bawang, 2kg tempeyek, dan 1kg popia, sini je dah 4kg, kan.. so carilah sorang dua lagi, pakat order, jadi kalian boleh membeli dengan harga borong. (harga borong kena email me untuk dapatkan ek)

Saper nak jadi agen pun silalah meroger saya. Kami berikan harga terbaik.. Jangan confuse, harga kat atas ni harga jualan runcit, bukan harga jualan borong, harga borong murah lagik..

Selain tu jualan samprit dan choc chip cookies telah diterima di luar dugaan (matiklah mek, terkelepek depan oven karang) tanpa diduga, sample-sample suka-suka dihulurkan pada rakan-rakan, zaaaasss depa terus order, ada org nak jadi agen, kita bagi sample samprit dan cookies, tapi katanya dah abeh kat anak beranak depa jer sebab sedap sangat.. uhuhu saborrr je haku.. eheheh

Okeh siapa mahu order ini samprit dan choc cookies ni boleh roger me ok..

Choc chip cookies, RM24/50pcs. Samprit dahlia, RM20/50pcs

Choc chip, i tell u mmg siapa suka choc famos amos ni sure suka ni juga, hahah puji diri sendiri dengan amat poyo.. dah memang resepi kononnya dari famos amos tu, diaorang sebarkan, acik pnut buat balik je, tp mmg sodap, cuma famos amos tu guna bahan yang mahal2.. choc chip brand2. tu pasai biskut dia mahal, saya tak la letak bahan mahal gitu, kang nak jual berapa? sebalang RM40 -50? orang kata tak logik pulak kan.. walau kita kata guna barang baik dan mahal, tapi walau menggunakan choc dan hirisan badam, ianya tetap enak. eheheh ni tak main letak serbuk koko ek, kalau serbuk koko, biskut agak pahit-pahit kan.. ni kita letak choc bar tu, choc masakan. diparut, digaul dengan choc chip, dan gaul lagik dengan hirisan badam, dan badam tu tak kedekut punya, mmg terasa kerangupan badam tu masa mengunyah.. ehehehhe puji lagik...

Sukacita dimaklumkan, tempahan amat terhad. Kalau saya rasa dah banyak, dan tak mau terima tempahan lagi, saya tak terima dah.. uhuhu nak order sekarang.. kang minggu dah dapat order belas-belas balang kompem acik tutup order, tak kuasa mak nak hadap biskut macam tak der life nanti.. ahahaha. Ye la, saya suka-suka je jual ni bukan macam bakers lain yang memang buat duit time ni, buat biskut tahap macam kilang, beribu-riban, bangun pagi buat biskut, malam biksut, sampai amek cuti sebab nak buat biskut. saya suka-suki je.. jadi suka-suki saya gak kalau dah rasa banyak dah order, saya tak mau terima order lagi..ehehehe

Monday, July 25, 2011

Jom Makan buah sepuas hati


Lazy Monday, I hate monday syndrome beb.
Telefon kat ofis kami rosak. Aman juga sebenarnya, tapi menyusahkan juga, sebab kita pon nak call out tak boleh, keja jadi payah pulak.

Jadi mood ke laut...

Maka nak promosi je. kot-kot ada yang berminat...


Huh... yang ni kompem ramai peminat.. jommmm pegi makan buah sampai pitam.. ehehhee
Pakcik gebu yang nak sangat makan durian sampai puas hati katanya, memang dinantikan ni.. jommmmm kita bebbbb... adoiii nampak buah manggis tu comeiii weiiii.... terlioq... saya tak makan durian, jadi tak feeling sangat la kat durian tu... nak makan manggis, langsat, dan lain-lain...

jom...jommm...

Friday, July 22, 2011

Al-fatihah buat arwah abah. 21 Julai 2008


Macam mana saya boleh lupa? :-( sedih.
Bila tengok Maksu bebudak ni letak status kat FB baru saya teringat.. ermm tak per abah, walau terlupa tarikh ini, tapi ingatan dan iringan Al-Fatihah, dan yassin Insya-Allah tidak terputus saya sampaikan pada abah.

ni maksu tulis, saya sebak baca. uhuhu
saya kan pernah cakap, Maksu ni hidup dia selalu berkat pasai dia taat. Saya akui, dari kecik dia berdikari, hidup dia tak sama macam saya, saya walaupun yang sulung, tetapi semasa saya membesar, abah ada bersama saya, Maksu walau bongsu, tapi dia lebih berdikari. Dua adik saya lagi tu, huhhh tak boleh harap, jaga diri sendiri pun tak lepas, walau dah beranak pinak. Cuma maksu yang saya dan emak percaya. Itu sebab saya selalu 'kalah' dengan dia, sebab kekadang saya malu kerana saya sendiri tak dapat 'membantu' macam dia membantu. Itu sebab saya tak berkira dengan dia, motor dia saya belikan, sebab saya tau dia akan gunakan motor tu untuk bawa emak ke sana sini, bukan menyalah gunakan motor tu. Saya bantu dan support bisnes dia mana boleh bantu.

Walaupun bisnes dia kecik-kecik buat bakeri dari rumah, tapi Alhamdulillah, rezeki dia tak putus-putus, dia dapat offer keja kat sini, jadi junior bakers, tapi bila saya kata tak payahlah, kesian mak, dia akur. Dia tak fikir kepentingan diri dia, itulah walaupun dia tak senang, tetapi hidup dia tak susah. Dia tak berkira dan pandai urus duit, ada duit, dia tak gila beli gadget macam budak muda seusia dia, dia pakai henpon apa ada saja, boleh sms, boleh terima call, dah cukup bagi dia. Dia pakai apa ada, kasut pasar malam dia ok, baju pasar malam dia ok. Makan apa ada dia ok. Dia si bongsu yang matang. Dalam usia muda dia, dia pulak bantu menyara anak-anak sedara saya yang emaknya bercerai, dan bapak bebudak tu tak peduli. Dia yang tengokkan kerja sekolah budak tu, dia yang pi amek bebudak tu balik sekolah, dia uruskan kalau masa emak budak tu keja, time emak budak tu sesak, dia juga keluar duit beli susu, pampers, tiap bulan saya akan masukkan duit untuk bantu perbelanjaan, Alhamdulillah, rezeki saya ada lebih saya akan kirim lebih, dia yang akan manage duit-duit tu sewajarnya.

Macam dia kata, di usia 14 tahun di kala kawan-kawan sebaya dia lincah ke sana sini, dia bergilir duduk kat rumah dengan emak uruskan abah yang sakit terlantar. Dia ke pekan uruskan pembayaran bil api dan air, bagi duit kat abang dia yang tak boleh harap, duit lebur, bil api tak bayor pon. Sudahnya hanya dia yang emak harapkan. Mak sakit, dia ke hulu ke hilir carikan orang tolong bawa pegi klinik kalau emak tak larat nak naik motor. Itu pun motor tu buat saya sakit hati, pasai si abang tak berapa cukup akai dia suka pinjam. Itu motor saya beli tak kata pun nak wakaf kat org lain. Orang tak berapa matang macam tu la. tak reti berfikir. Maksu pulak jenis beralah, tak reti melawan. atau malas bising.

Saya doakan maksu akan berjaya. Doakan dia. Dan Al-Fatihah buat arwah abah.

Thursday, July 21, 2011

Sakit kepala dan update taman teman


Semalam makan petai.. Nikmat betul. Dua kesan yang akan saya dapat selain dari urine yang bau petai ehehehe, iaitu kerap pee-pee.. emak kata urat kembang bila makan petai.. ehehe entah le.. kesan kedua ialah pening kepala, emak kata petai-ANGIN. Memang dah jangka akan berlaku. Sebab tiap kali makan petai (means banyak, bukan 2-3 ketui macam makan kat kedai makan) Hari selasa pegi pasar tani, ada org jual petai, cantik petai ni.. mata beso-beso, dijual 3 papan, 4 ringgit, (mahai nooo) saya beli 6 papan, 8 ringgit. , Cik lela kata kat SP murah saja, lapan ringgit berlambak.. eheheh ye la mak, tu kat kampung. ishkkk..

So semalam masak sambal bilis + petai, pastu rebus lagi, buat cicah sambal. Masa makan tu memang dah jangka, ni esok sure sakit kepala. Nah hambekk.. pukul 4 pagi tadi terjaga berdenyut dah kepala, terus telan ubat. Sekarang acik kan keja jauh, nak drive lagi esoknya. so telan ubat supaya tak berapa sakit. Ni dah mula berdenyut balik, siap pakej migrain, iaitu serangan sebelah kanan mula menala. maka terpaksa telan ubat migrain pulak, tengahari karang tido la teman. Adoiii itulah harga perlu saya terima bila makan petai. Oh petai.. nikmat betoi.. eheheh biar tak makan durian, tapi petai acik makan..hehehe

Teman teman...
eheheh excited ni citer pasal taman kat umah teman ni.. hiks padahal tak tara mana pun, propa je lebih.. ye la.. suak sgt, sebab kami buat semua sendiri tauuu... penat sgt2... tapi puas hati, senget benget pun hasil kudrat sendiri..

Roses berkembang mekar.. suka...Kerusi taman tu kami kena 'kapur' ciittt... naya betoi.. kami beli RM380.. tp bila tengok kat tempat lain RM280 sajork... kat internet pun ramai juai.. cantik2 gile, reganya pun RM280, kalau R380, dah dapat yang lagi cantik punya. Ishkkk

Tak sabor nunggu pokok-pokok ni membesar, rimbun dan berbunga lebat.. sekarang tiap petang, balik je terus melihat pokok, gembur tanah, buang daun kering.. wahhh terapiii sangat.. sambil belai pokok, cakap kat dia, nanti hidup subur tau.. bunga banyak-banyak.. biar cantik.. eheheh tah hapa je..

Bunga di taman astakona kami..eheheh

Harus minggu depan gaji kan?? dari opis teman ke Sungai Buloh sinun tak lah jauh beno.. erkk maksudnya kalau bandingkan dari Putrajaya-Sungai Buloh kan ke jauh lagi?? so nanti time hari jumaat break panjang, saya nak pegi Sungai Buloh beli pokok lagi.. syiok giler.. bawak RM50 memacam jenis boleh beli.. kalau spend RM100 lagiii banyak boleh beli. 
Kebetulan, dah jumpa satu geng kat opis ni suka English style, dan suka gardening juga, so asal kami bertembung je, topik hiasan rumah dan pokok je jadi bualan.. ahaks.. walaupun dia berbangsa India, tapi tetiba kami jadi kamceng gitu. Nanti plan nak pegi Sungai Buloh pun dengan dia. Best, sebab dia banyak tau pasal pokok, jadi saya pun banyak belajar dari dia.. ehehehe.. Seronok dapat jumpa orang sama hobi ngan kita. 

Sekarang usaha membodek pakcik gebu nampaknya macam berhasil.. usaha nak dapatkan seketoi buaian ni macam menampakkan hasil.. tapi gua ada kos melepas yang lain. Huhuhu diminta beri pilihan nak ini ke nak dot-dot-dot... uhuhu dua-dua tak boleh ke?? macam laki keja CEO bank ngada dia ni eheheh sedar diri, laki kuliketip je.. gua pilih nak buaian ni.. untuk sesisi keluarga punya manfaat. 

Ni teringin juga, sebab harganya tidak begitu mahei... nanti saya kumpul tabung cap ayam, gua angkat sendiri.. barangan yang reganya lebih 1.5K kita pow laki ye...

babah, dapat kecik cam gini pun jadilah... sesuai la taman kita bukan beso mana ponnnn kannn???
Ni dalam RM2,600 sajork.. tapi masalah tukang buat ni kat Kedah, dia charge transport. Tapi masih murah lagi kalau campur cost transport pun lebih murah dari beli kat KL ni.. Cemana bah?? ok???  ahahah cara tanya serupa laki duit berkepuk... taper la.. angan-angan dulu... angan-angan percuma.. tak perlu modal. Tak sabar nak tunggu Cik Lela mai.. mesti dia sukaaaaa... 

Tuesday, July 19, 2011

Mereka yang Istemewa


Kat blog saya ni kan ada link-link ke blog-blog ibu-ibu yang ada anak istemewa kan? Mereka tidak diberi pilihan untuk memilih lahrikan anak istemewa, tetapi mereka adalah yang terpilih. Dan pilihan itu ialah Allah Maha Berkuasa yang memutlakkan, siapa kita pulak hendak menidakkan. Andai diberi pilihan pun, saya pasti mereka mahu memilih dikurniakan anak yang sihat, sempurna akal fikiran dan fizikal. Tetapi kuasa tuhan tiada siapa mampu menolaknya. Sedangkan Jiey Mama Rayyan yang diberi pilihan hendak teruskan atau tidak kehamilan beliau bila mana doktor katakan 'sesuatu' yang tidak sempurna pada janin yang dikandungnya suatu ketika dahulu, tetap memilih untuk melahirkan. Nah lahirnya Rayyan Arif yang comel dan makin bijak itu sekarang. Bijak disini ialah bijak dalam 'kelas' mereka tersendiri. Hanya ibu bapa, guru dan orang terdekat mereka sahaja tau kebijaksanaan anak-anak mereka yang istemewa ini.

Pandangan mata kasar kita, mungkin mencemuh, bijak mana sangatlah budak istemewa ni. Buang fikiran begitu jauh-jauh. Tolong letak fikiran busuk dalam tong sampah, itu selayaknya fikiran jumud kalian kalau fikir anak istemewa ini tidak bijak. Bila saya membaca luahan hati ibu-ibu anak istemewa ni, betapa sebenarnya saya lebih menghargai anak-anak saya. Bila mana saya melihat perkembangan Alesya, sehari ke sehari, dari meniarap, merangkak, berjalan, sampai kini petah dan becok mulut berkata-kata. Saya sering terdetik dan teringatkan anak-anak yang sering saya ikut perkembangan mereka, seperti Idris, Rayyan, Nabila, Alesha (anak Ita), Iman, Mawaddah dan beberapa nama lagi. Sering saya teringat, kalau anak-anak itu sempurna, mesti mereka juga macam Alesya, banyak bertanya, apa tu ma.. apa tu bik, naper tu ma, naper tu bik, babah pegi mana mama?? abang mana mama?? adik nak ikut babah pegi keja... adik nak ikut mama pegi keja... Sumpah, ingatan saya ada pada mereka, tatak tipu punya.

Bila melihat Alesya makan tumpah berterabur makanan, bila melihat dia punggah pinggan mangkuk plastik, sudu, senduk dalam laci... susun, dan 'masak' hilang rasa nak marah bila saya kenangkan, ada rakan-rakan dia cuma mampu terbaring, dan berharap orang lain membantu menggerakkan mereka untuk meneroka, saya insaf dan bersyukur dan jangan merungut. Sungguh kehadiran anak-anak istemewa ini yang diikuti melalui tulisan ibu-ibu mereka amat bermakna, bagi saya, kerana dari mereka saya belajar menghargai permata-permata yang saya ada. Dari mereka saya belajar erti kesabaran. Dari mereka saya belajar erti kasih sayang sebenar, dari mereka saya belajar erti ketabahan, dari mereka saya belajar memahami jiwa dan perasaan orang lain sehalusnya, sesungguhnya kerana mereka juga manusia dan kanak-kanak yang mempunyai hak.

Ikutkan deklarasi Konvensyen hak kanak-kanak menurut PBB :-
"Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

1.Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan.
2.Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.
3.Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:

1.Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak.
2.Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.
3.Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya.
4.Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti / pelihara.
5.Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.

So siapa anda nak nafikan hak mereka?
 
Saya membaca tulisan mama Idris pagi tadi, mengenai pandangan sinis, dan 'kepelikan' bila dia membawa anak istimewa keluar, dan kata beliau, kenapa mesti ada diskriminasi? dan kena perlu malu atau hendak sorok kalau ada anak istemewa? Betul saya setuju. Biarlah mereka juga punya hak untuk bermain.. mereka juga punya hak untuk beriadah. Mereka ada hak untuk menggunakan kemudahan yang kerajaan sediakan kepada semua rakyat.

Monday, July 18, 2011

FLORIA 2011


Floria 2011
Dah abeh pun semalam... saya pegi sekali masa lepas kerja hari Selasa, singgah pasar tani, then terus ke sana. Jumaat malam Sabtu kami anak beranak pegi nak tengok perarakan bot, tapi pegi lambat, dapat tengok bontot-bontot bot saya. Maka pada hari Ahad malam iaitu bersamaan semalam, kami pegi lagi sekalik. Kali ni best, dapat tengok bot yang beratur untuk perarakan bot berhias. Semua ada 13, just wonder, awat bot-bot negeri pembangkang tak dak. Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Erkk Negeri Sembilan pun tak juga. Perlis negeri comei tu pun ada.. Cayalah Ajid... ehehehe negeri hang ada...


NI gambar tak berapa lawa dari kamera kaput. Babah bila nak beli DSLR neh?? Janji sudah lama.. angkat satu la brader, kasi binik.

Rasa cantik taman ni hala henglish garden.. kena dengan jiwa makcik pnut... tahun lepas depa tema apa tah.. lupa dah...



Syokkkk nooo kalau bulih buat lagu ni... hisshhhh cantik da bombbbb... Huiii bila pi Sungai Buloh shopping pokok lagikkkk

Bunga api dari kamera kaput.. cantik juga rupanya.. kaput-kaput pun.. bukan senang ooo naka amek pic bunga api ni tauuuu

Walaupun kaput, tapi Encik Lumix DMC-FX9,  tetappp ada function untuk 'firework' sooo cantik juga gambar dia.. eheheh tak pernah guna.. ye la.. bunga api bukan ada selalu pon kannnn

Ni salah setting kamera.. dah abeh amek gambar baru tengok.. terset ke night potrait setting.. ampehh patut amek night scenery.. saboorr aje laaaa



Ok tu je...

Eh siapa nak jual biskut raya?? meh jadi agen meh.. acik sapinat akan menjual kerepek raya macam tahun lepas, sample minggu depan... dan juga akan menjual samprit dahlia dan choc chip cookies. samprit dahlia ni peberet forever, kira andai raya je mesti tetamu saya kat rumah ni yang selalu dtg atau ke rumah emak Kedah datang, mesti akan tala samprit dahlia ni. Tak gitu cik Fida??? yang merengek dari tahun lepas minta jual kat dia dua balang. Sebalang abeh sebelum raya lagi. ehehehe acik jamin sedap bebeh..

Choc chip pulak acik jamin penggemar choc chip cookies akan menyukai.. rangup.. tidak begitu manis, dan ramuannya terbaeeekk ooo tak main saya letak chocolate bar diparut, dengan cho chip dan hirisan badam mewah tau.. dengan harga berpatutan, nak kata harga murah, tak berani gerenti, sebab ada org jual lagik murah... tak tau bahan apa digunakan, tp saya memang pakai buttercup, choc bar, dan letak banyak badam. tepung pun bukan tepung gandum biasa, saya pakai tepung biskut.. Nanti saya upload gambar dan harga.. siapa mahu bisnes boleh roger saya, saya akan bagi pada harga bisnes la.. tungggguuu. Siapa nak sample biskut boleh email saya (email kat tepi kanan ni ada) nanti sy kasi sample untuk korang amek tempahan..

Erkkk tempahan limited tau.. cukup tempahan saya akan tutup, tak berani terima.. maklumlah part time bisnes...ehehehe

Friday, July 15, 2011

Berangan itu percuma


Verangan itu percuma kan? tak salah nooo kita berangan macam kita ada duti berkepuk sampai tak tau nak buat apa.. kan??

Ishkk bestnya kalo dapat buat cenggini ye kandaaaaaaa... Idaman tu, nak dapur yang bercermin gitu.. alahaiii masa renovate rumah dulu tak terfikir nak buat macam ni.. nyesallll... sekarang dah berkitchen kabinet bagai kat dapur tu, cemana nak buat dahhhh huwaaa... Ada satu jiran satu taman ni, rumah dia row depan, laluan masuk ke perumahan kami ni, banglo setingkat, cantik rumah dia, buat konsep glass macam ni, dapurnya ada sliding door, tingkap, dan beberapa panel kemasan dinding dari kaca, dari tepi jalan, memang nampak country/english style.

Pastu belakang rumah buat garden cam ni,

Kalau round kat kawasan sekitar banglo setingkat kat perumahan saya ni syiok gile, seronok tengok rumah diaorang dah transform memacam patern jadinya. Rumah asal kecil, tapi tanah luas, jadi ada yang dah naik jadi banglo dua tingkat, ada yang buat ala klasik, senibina kayu berukir sana sini, ada yang very country, ada yang retro.. banyak duit depa noooo. Hasil risikan katanya ramai pembeli banglo-banglo kat sini adalah bekas-bekas embasador, atau diplomat yang beli banglo-banglo ni sebelum diaorang pegi posting dulu, masa tu masih rumah, banglo ssekitar bawah 200K pun boleh beli. Balik dari luar negara, duit banyak, tambah elaun lagi, terus jadi mahligai rumah depa.

Hari ni tengok suratkhabar, ada iklan pemaju yang sama saya beli rumah dulu, jual rumah banglo 2 tingkat, rega, 900K ke sejuta, gurlppp gila orang kaya je boleh beli. Area baru ni depa letak Puncak Pinggiran Putra, kami pulak Desa Pinggiran Putra, cisss... jurang perbezaan disitu, dua kasta betul. Pemaju dah pandai, jual rumah mahal dah, dulu masa kami-kami beli semua rega rumah bawah 200K je, sekarang owner asal untung sekali ganda, beli rumah tahun 2000-2002 harga 130-150K, sekarang, value dah cecah 335K (ingat tak iklan rumah utk dijual saya letak last week, ower tu kata dah terjual RM335K) banyak untung tu? Beli dulu katakan RM145K, perghhh gedebuk gedebak, tolak duit loyer itu ini... tolak baki loan kat bank.. koman-koman 150-200K dapat kat dia... kalau dapat 200K, kalau dia dapat balik kampung kalau dah ada tanah, boleh buat banglo dah dengan 200K tu.




Ni kalo menang peraduan Shell ke.. Petronas ke.. atau menang cabutan Sijil Simpanan Premium ke on je ni hehehe, ni asyik menang loteri yang dihantar ke email tu je... kot ye betul lucky draw, bebetul, kaya raya acik dah hasil menang lucky draw loteri tu.. ahahah
Percuma kan berangan... tak perlu bayar. jadi sila..sila.. berangan la korang apa jua korang angan-angan.. dalam filem Sang Pemimpi, salah satu dialog, "bermimpilah, kerana dengan bermimpi baru kamu berusaha mencapai impian kamu" kan..kan...

Thursday, July 14, 2011

Taman impian, Pahala mudah


Ni khas buat sugar daddyku.. kot-kot la dia sponsor kannnn cantik babah, laman kita kecik, buat camni pun lawooo... tu jembatan melengkung macam babah nak tu... sila hayati, dan beliii ekkk...



Kalau bunga-bunga dapat hidup subur begini kan ke beshhh


Raja, kerete sorong awak kat  belakang tu kalau buat camni cantik... tau.. tak nak kasi saya.. ehehehe


cantik dan sedap mata memandang


Oh babah... mama angau sangat dah kat buaian ni...


Manyaakkk cantik lorrrr...

Hurrrmmm bilaaaa laaa BSN nak cabut sijil simpanan premium naik gua punya sijil ni...??? Bila pulak borang peraduan Shell, Petronas nak cabut borang kami ni?? nak menangggggg nak buat taman idaman...

Sabaaarrrr duit bukan turun dari langit pnut oiii..

Pahala mudah
Kita senang nak dpt pahala dimana saja kan? Contoh seringkali kita pegi makan kat memana la, tak kira kedai makan murah, mahal, pastu tetiba ada orang buta dtg menjual tisu. Pastu kita kedekut semacam, kata tak mau.. Erkk apa salah, kalau pun tak mau tisu yang dijual, tapi hulurkan singgit ke.. Luak sikit je duit kita, tu tak byk pon. Tetiba niat kita nak keluar makan tadi, kemudian bantu pulak orang, terus dapat pahala, secara mudahnya.

Kadang-kadang bila kita pegi makan juga, ada makcik-makcik dah baya-baya emak-emak kita, menjinjing plastik beso, jual kerepek, sedih tau saya tengok. Masa tu sepatutnya diaorg duduk rumah, mengaji, atau lepak-lepak dengan anak cucu, tapi sampai ke malam 11-12 malam masih usung plastik besar ke hulu ke hilir menjual kerepek.

Contoh cam baru ni kami makan kat satu Western Food ni, ad makcik jual kerepek, satu 4 ringgit, ke satu 3.50 3 sepuluh entah, lupa dah.Dari satu meja ke satu meja dia pegi. Sedihnya ada orang buat tak tau je, atau tak beli pon.. Apa salah, beli la 3 saploh, ringan sikit dia nak usung plastik tu. Terutama couple yang bawa anak-anak kecik macam Najmi, Alesya tu, kemonnn ni masa untuk kita tunjuk kenapa kita kena buat baik kat anak-anak, tolong orang yang susah dan rajin berusaha, dan terangkan betapa bertuahnya mereka ada dengan mama dan babah selalu, tak macam anak-anak acik/nenek tu, kena kerja sampai malam cari duit. Kot ya pun tak suka kerepek, niatkan beli sebab nak tolong makcik tu. Kadang- kadang orang bagi alasan malas beli, tak der orang makan kat rumah. Kemonnn beli je la, pastu bawa ke opis, wakaf je, sapa datang makan, makan secara berjemaah, dua pahala dapat, tolong makcik tu, dan pahala jamu org makan.

Kot la pulak geng opis pun tak makan, bawa ke opis dan hulur je kat pakcik guard ke makcik cleaner ke.. kompem depa makan. Tak gitu bedah?? Sedih tau nengok nasib mereka begitu, dan sedih juga nengok peel orang berduit, boleh pi makan western mahai-mahai, tapi nak hulur Rm10 untuk 3 paket kerepek pun tak boleh, bukan makcik tu minta sedekah, dia menjual. Masa kitaorg makan malam tu, masa makcik tu datang jual kerepek tu, saya jemput makcik tu makan sekali, pastu dia sebak dan cakap "terima kasih nak, terima kasih.. Anak beli kerepek ni pun makcik dah syukur, taper, anak makanlah" huwaaa makcik ni buat saya drama la.. muka legend tp hati kiut saya ni. Bergenang air mata saya makcik oi..


Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0


BERSIH 2.0
Dah abeh.. Masa depa sebok dok 'bersih' kat KL, kami sebok bersihkan laman belakang rumah buat mini garden. Ehehehe. lagi syioookkk.

Dah tengok video-video kat youtube? huh tengok la.. pastu rasa nak gelak bila Utusan tulih hanya ada 6000 orang je mai ke perhimpunan tu, saya tengok kat youtube dari segenanp penjuru KL ni depa mai.. huishhhh gila betoi. Tapi paling sedih tengok video pakcik yang kena serangan jantung, sampai dekat setengah jam, bantuan tak sampai. Sedih betul, takkan tak der ambulans standby? Yang polis pulak macam tak der persediaan nak hadapi sitausi cemas tu. Ye la mungkin dah ajal dia, tetapi bantuan kemanusiaan seharusnya tiba dengan segera. Dan pakcik ni pun sepatutnya dia berada di rumah dengan anak-anak dan isteri, tetapi kententuan ajalnya tiba begitu dan cara begitu, sebagai orang Islam, Qada' dan Qadar tu kententuan Allah kan.. Mati itu pasti. tidak lambat walau sesaat. Mungkin sekiranya berada di rumah pun kalau ajalnya dah tiba, beliau pergi jua, tetapi pemergiannya mungkin disisi keluarga.

Saya harap cukuplah perhimpunan-perhimpunan begini diadakan, sebagai librarian yang ada akses baca berita-berita yang kami langgan dari beberapa pangkalan data suratkhabar antarabangsa, imej Malaysia memang terjejas teruk. Bila baca review pakar ekonomi, mereka advice not a good time to invest in Malaysia. Huhh.. Beb.. negara kita udahlah tenat ekonominya, jangan lah tenatkan. Analisis politik dari pakar seluruh dunia dalam beberapa database pun menghentam pimpinan sekarang. Which is akan effect kepada ekonomi juga.

Cukuplah biarlah ini yang terakhir. Apa yang berlaku cukup untuk menampakkan betapa pimpinan kita sekarang perlu kerja keras untuk baik pulih imej mereka, dan kena fikir mekanisme macam mana nak pancing hati pengundi muda yang meluap-luap marah ni. Mereka ni emosional. Dan kemarahan itu nanti akan dilepaskan for the next PRU, kalau 5 tahun lepas, kita masih ada pakcik-pakcik, makcik-makcik yang berumur 60-80 tahun yang masih hidup dan akan mengundi BN atas dasar UMNO yang kuat suatu ketika dahulu, tapi kini mungkin mereka sudah tiada, dan dalam masa 5 tahun ini juga, kita jangan lupa, anak muda yang berusia 18tahun yang tidak layak mengundi dahulu kini sudah layak mengundi. Statistik pertambahan pengundi baru ni jangan dilupakan profil mereka. Diaorang ni yang meluap-luap ni.

Al-Fatihah.
Seoarang mak sedara saya baru meninggal dunia 2 hari lepas, Innalillah.. saya tak berkesempatan nak balik menziarah, tetapi semasa arwah belum meninggal, saya sempat kirimkan duit pada maksu untuk disedekahkan pada arwah, kerana mereka orang susah. Namun tak sempat rasanya arwah menerima kiriman wang itu, beliau telah pergi, mungkin emak serahkan kepada pak lang saya untuk kegunaan mereka kelak. Hanya doa dari saya agar mereka semua tabah. Arwah mengidap kanser paru-paru. Sebelum ni nampak sihat, bulan 12 lepas baru buat kenduri kawen sepupu saya iaitu anak dia bulan 12 tahun lepas. lepas kenduri ni arwah sering sakit-sakit, sehinggalah bila check disahkan kanser, tahap 4 dan doktor pun tak boleh nak buat kimo pun sebab dah parah sangat, tisu dan organ dalaman arwah banyak rosak. Al-fatihah buat arwah.

Insya-Allah raya nanti balik akan ziarah pak lang saya, dan kasihan anak bongsu mereka yang memang rapat dengan arwah, baru umur 12 tahun. Sedihnya kan... Moga mereka semua tabah dan kuat.

Monday, July 11, 2011

Go Green Pnut and Co.


Pheewww berhari-hari tak update blog.. Cuti + MC.
Busy dengan hobi-hobi.. hobi baru dan hobi lama...ehheheh
kemahiran terbaru gua ada, gua sudah berenang!!! yeayyy!!! hahaha macam tak percaya.. tak pernah terfikir bahawa pada usia 36 tahun baru acik dapat berenang, tu pun tak tara mana... sejengkal cuma. hehehe sifu saya ialah jiran sebelah, dan kolam pun tumpang sebelah rumah punya. Terima kasihah jiranku. Tapi skill berenang tu skill namanya hentam saja... aku tibai ikut suka jek...eheheheh... kaki..tarikkkk tendang... tangan tolakkk kuakkkkk tp tak reti keluarkan muka amek nafas... asal keluarkan muka, nak tenggelam.. ahanahahaha maka berenanglah daku dengan menahan napas muka dalam air.. hahah lama mana lah sangat tahan pun kannnn..

Si Najmi usah kira le.. dah segala kuak dia bantai. Lagipun dia dah bertahun reti berenang, acik ni baru seminggu dua reti.. tu pun jenuh cikgu mengajor...

Antara lain kesibukan saya ialah, siapkan projek Go Green, buat mini garden belakang rumah.. Ini projek kami Pnut and Co. Saya , bibik, Najmi, dan pakcik gebu. Tapi pakcik gebu enterprem saat2 akhir je, iaitu angkut pasir, tambak, angkat rumput dan tanam rumput. eheheh tu pun banyak ngelat.. tapiiiii paling utama, beberapa ketoi bajet adalah di pow dari beliau. Bengkok le acik kalau nak keluar belanja semua. Ini pun dekat 1K abeh tau.. kira berbaloi la... Nak upah orang buat, koman-koman 2-3K abeh, ubah ratakan tanah, tambak pasir, tanam rumput.

Ini hasill kerja beberapa hari kami..
Ini kami buat sendiri, biorlah tak begitu perfect, tapi boleh la.. dari upah berkali ganda kosnya, walau penat cam nak putus segala urat..eheheh. Semua barangan adalah dibeli direct kat Sungai Buloh. Murah.. rumpur filiphine tu kalo beli kat nurseri area Bangi, sekeping RM3, kat Sungai Buloh RM1.50, kami beli 120 keping, angkut pakai Mr. Grey sajork. Beli pasir 3 scoop (satu lori kecik, RM200) Batu yang bentuk kayu tu, yang kami susun tempat pemijak tu satu RM15, kat Nurseri pokok sekitar Bangi RM22-23. Batu-Batu putih kecik-kecik satu beg RM16, berbanding kat sini RM20-22 satu beg. Pokok2 bunga sama, kat Sungai Buloh, pokok boleh dapat 3 pokok RM10, 4 pokok RM10.. pokok-pokok kecik-kecik seringgit satu.. murah.. memang berbaloi dari Putrajaya ke Sungai Buloh membeli pokok-pokok.

 

Ni baru abeh tanam rumput.. baru tanam sedikit pokok he.. hahaha bajet pun dah tak berapa nak ada, maka fasa kedua tunggu gaji la.. nak beli banyak pokok bunga nak gardenkan taman ni.. nak beli lampu taman, dll.. Tak sabor nak menunjuk dah.. ehehehe nanti dah siap sepenuhnya saya tunjukkkkk...

Memang penat sangat, dan senget benget taman kami, tapi puas hati sebab semua buat sendiri.. seronoknya lain.. sakit-sakit badan buat taman ni tau.. tapi berbaloi... eheheh tunggu episod seterusnya nanti..ehehehe. Orang buat taman tepi rumah, depan rumah, kami buat belakang rumah.. tp lagi best, privacy.. sebab belakang ni tak rumah org, dan takder orang lalu lalang.

Korek balik entry lama, jumpa balik pic halaman belakang ni suatu ketika dahulu, masa bibik lama rajin berkebun.

Bila la nak menang peraduan petronas ke, sheel ni, dapat 20-30 riban. .. nak buat kolam ikan koi... nak buat wakaf... ishkkkkk duit-duit... dimana kau duittt... Sijil Simpanan Premium pun ntah bila nak menang tah...


Wednesday, July 06, 2011

Rumah Semi D untuk di jual!!!


Hari ini saya cuti... so pagi tadi pegi briskwalk jalan-jalan sekitar taman... Singgah kedai, tapaukan breakfast, untuk bibik-bibik dan mak mertua saya dan untuk pakcik gebus. Dia pun cuti, kitaorang ada urusan sikit.

So masa saya tunggu brader kedai buat roti canai pesanan saya, saya tengok ada iklan ini kat dinding kedai tu. Saya rasa ada 3-4 orang bertanya kat saya, ada tak area rumah saya ni orang jual, diaorang tengah survey nak beli rumah, saya tak tau la masih available ke info ni untuk diaorang.

Korang sms atau call sendiri le tanya owner ni kot boleh nego. Kalau serius, cepatlah, sebab rumah area sini memang hot selling. Sebab kawasan perumahan kami ini satu-satunya yang palinnnggg hampir dengan Putrajaya. Kemudahan semua ada la, kedai runcit, klinik, sekolah rendah pun dalam pembinaan, paling best, sini semua bumiputra owner, so takder la time raya cina atau deepavali dengar mercun meriah sampai tak leh tido. Persatuan penduduk pun ok, banyak aktiviti, ada FB bagai..

Tapi paling saya suka ialah environment ala kampung kat sini, tak der kedai video games, tak der pusat-pusat laraaa kat sini, bagi saya memang sesuai untuk membesarkan anak-anak kat sini. Dan tarikan terBEST sekali ialah di dekat kawasan kampung, Kampung Limau Manis, cuma 1km je, ni memang kampung betul, masuk kampung ni rasa macam balik kampung.. dah tu jalan nak ke Nilai 3 pegi soping pun melalui kawasan jenderam, salak tinggi, kawasan kampung, yang bila musim buah boleh nampak ada orang jual rambutan, durian, manggis tepi jalan depan-depan rumah. Nak ke Bangi, lalui jalan kampung, kita tempuh Kg. Sg. Merab dalam, Sungai Merab Luar, memang macam di kampung sangat-sangat.. Saya suka, damai.. tak sesak otak.

Eh panjang pulak intro. ok on the way balik ke rumah, saya sms owner ni tanya alamat, rupanya memang dekat beno ngan rumah saya, so saya amek gambar rumah ni untuk tatapan kalau ada yang berminat. Rega RM350K bagi saya berbaloi, rumah memang kecik sikit, tp tanah dia luas beb..





Tengok depan ni luas, berapa biji keretak boleh parking, rumah saya yang dah renovate tepi, depan masih ada ruang lagi untuk parking kereta 2-3 biji lagi.



NI lagikkkk... saper nak call sendiri ek... cepat sebab kekadang, 2-3 hari je dah terjual.. ni pun tak tau berapa lama dah iklan tu dilekatkan..ehehehe
Ok tu je...

p/s update sikit, owner ni baru sat td call saya, bagitau, dah ada 2-3 serius buyer, dan dia belum confirm lagi, ada yang nak beli melalui agen, tapi kalau agen katanya dia kena berapa percent tah.. so kalau boleh dia nak jual direct, so boleh diskaun ke atas nilai dia letak.. may be boleh dapat dalam RM340-330K ke... try la saper mahu.

Monday, July 04, 2011

Cinta tidak semestinya bersatu.


1. LAGU BEST
Lagu yang masyuk sekali di telinga kami.. Dengar juta kali pun tetap sedap dan sukaaa sangat... Lagu inilah yang akan diulang-ulang pakcik gebu dalam kereta beb. Jiwang juga laki meks. Dari mula dengar dulu, terus cari dan download, dengar la anytime tetap sukaaaa..

Dengarlah saper yang belum pernah dengar.. ehehe tapi dah lama lagu ni.. kitaorang tetaaappp suka.
Apesal lagu-lagu dari seberang sedap-sedap? terutama lagu-lagu dari band-band ni? Kat Malaysia, ada, tapi kurang. Kalau ada pun, seketoi dua lagu best, pastu lagu lain dalam album tu ampeh. Ini sesuatu yang komposer Malaysia kena perbaiki, erkkk tp lagu-lagu dalam drama Nora Elena best-best kan?? hiks.. nak jugakkk


2. FILEM SEKALI LAGI
Siapa dah pernah tengok filem ni? best ke tak?  Saya kalau filem-filem dari penerbit David Teo ni kurang nafsu sikit, tapi baca review dari surat khabar macam bagus. Tapi track rekod pengarah filem ni Hashim Rejab ok juga, drama-drama dia ok, cam Adamaya tu. wa suka. Lagi pun, Hashim ni kawan kepada kawan saya.. kawan ni le promote suruh pegi tengok. Ahhaha own sabaq nanti aku pi.

3. CINTA ITU-kekadang menyakitkan
Saya terbaca satu luahan hati dalam paper baru-baru ni, interesting sangat, ada sorang awek ni cintakan sangat first love dia, sehinggakan susah untuk dia bukakan hati dia untuk nak cintakan lelaki lain, walaupun bekas boifren dia tu dah kawen dan beranak pinak. Cinta terhalang sebab keluarga perempuan ni tak boleh terima lelaki ni suatu masa dahulu, emosi dia kacau, perit dia lalui hari-hari dia merindui lelaki tu, mengenangkan saat-saat manis bersama bekas boifren dia. Bekas boifren dia entah-entah kan dah lupakan bahagia dengan kehidupan sendiri. (agaknya le dia tak tulis pulak)

Kesian kan, Cinta tak semestinya membuat kita bahagia, ada kalanya cinta membuatkan seseorang merana. Tidak semua orang mendapat hak untuk bahagia dengan orang yang dicintai. Dan apabila dillukai, memang sakit dan kesannya berpanjangan kalau kita tak pandai handle kan. Kat kampung emak saya ada orang gila kerana putus tunang dan tak boleh terima hakikat itu. Sadis. Banyak kisah cinta sekeliling kita, yang sedih dan pilu. Bila kita lihat dan tengok betapa orang lain merana dengan cinta, kita bersyukurlah kita hidup dengan cinta. Cinta kita kepada pasangan kita, kepada keluarga, anak-anak.. dan paling penting CINTA kita kepada ALLAH, kerana kecintaan hakiki itu kita berada dimana kita ada sekarang.

Diatas semua faktor disebutkan diatas. (ayat bahasa formal) kita patut hargai semua yang disekeliling kita, suami/isteri/anak-anak/emak/bapak.adik beradik, kawan-kawan dan semua yang ada sekeliling kita. Tak rugi kita hargai dan baik dengan semua orang, kecualilah kita dah buat baik pun tetiba tanpa kita sendiri tau apa sebabnya tetiba orang yang baik dengan kita tetiba jadi pelik. Ya pelik, dan sangat pelik, sedangkan dulu kemain kita baik, kamceng dengan dia. Saya laluinya.. dan saya sakit, pedih. Pedih sebab kita tak suka perkara itu berlaku, tetapi mungkin ada salah faham tanpa sedar, ia tetap berlaku. Sakit la, benci betul.

4. PERTANYAAN
Siapa ada contact number tempat-tempat menjual pokok yang murah, cantik, dan harga murah ahahah nak cantik, menarik dan murah, dasar kedekut. Don't tell me Sungai Buloh beb.. jauh.. gua nak area-area Bangi, Dengkil ka.. Kitaorg nak projek buat garden-garden sikit la. kat depan rumah dan belakang rumah, angan-angan macam ada duit berkepuk Depan tu dah ada Anjong Kaseh kan, belakang rumah nak buat Laman Kaseh pulak, nak buat satu wakaf, nak tanam rumput, dan nak hiaskan dengan pokok-pokok sikit, agar damai berada di rumah sendiri. Kerusi batu taman tu dah jumpa tempat yang jual murah.. i liiikee mujur kami tak terkena beli kat tempat yang mahal gilaaa tu. sep duit.. boleh buat modal tanam rumput. plis ek, sape tau tolong kabo... plisss...

Friday, July 01, 2011

Drama Bersiri Makbul


1. HARAM
Encik Polis kata tak boleh pakai t-shirt yang tertera perkataan BERSIH. Jadi kalau pakai baju macam ni pon salah tak agaknya, kita berkempen jaga kebersihan kan..kan... kan.. Penat ai design baju ni..eheheh

2. GOOD LUCK
Good Luck untuk Abang Najmi, hari ni abang Najmi dan team dia akan mewakili sekolah dia, untuk pertandingan Robotic. Harap mereka akan berjaya. Najmi memang minat Sains, dan sesuai la dia dipilih untuk sebahagian dari team robotic tu. Harap mereka menang dan jadi semangat mereka. Ermm nampaknya jiwa dia ni memang jiwa sebelah babah depa ni.. Jiwa engineering, maths sains.. bakat-bakat seni mmg nan adooooo... Anyway abang, pegang kata-kata Albert Einstein ni ek.




3. DRAMA MAKBUL
Siapa follow citer ni? saya follow.. mula-mula best, tapi semalam dah mula merapu sikit, tapi tetap layan, pasai suka drama ni depa cakap Kedah.. I looiiikkee... Bahasa Kedah pekat, perkataan lama-lama hat tak pernah dengaq pun dengaq dalam drama tu. Semalam ada satu diaolog, depa kata kat mat rempit tegar yang degil "depa tu jenih rebuih tak empuk" ahahahah gitu la ayat Cik Lela kalo dia marah dan asyiklah tak dengaq kata, lagu tu la dia sebut. Bestlah.. pasai pelakon dia tu berlakon tapi tak macam berlakon, cam real jek. Budak yang berlakon jadi Izat dalam drama tu cute je, pastu dan pandai berlakon. Yang jadi Makbul pun best lakonan dia. Jadi budak lurus bendul, tapi watak tu menjadi je.

 Kartina Azis, terbaekkk la..memang kaw bunyi kedah dia.. Jalaludin Hassan selamat sebab dia mmg tak cakap kedah dalam drama ni..



Ni beruk Bol (Makbol) kawan baik dia..


Ni la budak yang pandai berlakon tu, cayalah kedahan beb

Yushazizi Yusof (Bol)-watak utama, yang pandai berlakon sebenaqnya... best

harap banyak lagi drama berkualiti dan penulis skrip yang bagus akan wujud di negara kita.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino